Rabu, 18 Desember 2013
Percepatkan Rayuan Kes Buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia (Mapim) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan perintah larangan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas buku karya Irshad Manji
Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid mendakwa, buku asal dalam bahasa Inggeris bertajuk `Allah, Freedom and Love’ yang diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu Allah , Kebebasan dan Cinta jelas mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam.
“Keputusan Mahkamah yang memerintah menarik semula pengharaman buku itu beredar dikalangan mesyarakat di Malaysia adalah sangat dikesali dan tidak dapat diterima.
“Alasan hakim bahawa buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu tidak boleh diharamkan pengedarannya kerana edaran dalam Bahasa Inggeris sebelum ini tidak diharamkan amat lemah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Azmi mendakwa, mahkamah tidak melihat secara menyeluruh tanggungjawab KDN mengawal pihak tertentu dalam masyarakat di negara ini kerana menyebarkan bahan yang boleh merosakkan pemikiran dan menyentuh sentimen umat Islam.
Dakwanya, isu buku tersebut bukan sekadar kerana ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu , tetapi isi sebenar adalah berkenaan kandungan buku itu yang jelas mempromosi amalan hidup songsong dalam kalangan masyarakat Islam.
Justeru beliau mendesak Peguam Negara segera menfailkan rayuan terhadap keputusan itu untuk mengelak pihak tidak bertanggungjawab terus menyerang kesucian Islam dengan pandangan liberal sekular barat.
“Keputusan ini mesti dicabar supaya buku ini seperti buku-buku lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta memelihara keharmonian antara rakyat beragam agama di negara ini tidak berleluasa,” dakwanya lagi.
Media semalam melaporkan ZI Publications Sdn. Bhd. berjaya dalam usahanya untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan KDN ke atas buku karya Irshad Manji yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bertajuk ‘Allah
, Kebebasan dan Cinta’.
Hakim Mahkamah Tinggi kes itu membenarkan permohonan syarikat penerbitan itu bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan dikeluarkan KDN mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada Mei tahun lepas terhadap penerbitan, pengedaran dan pemilikan buku itu.
Peguam mewakili ZI Publications, K. Shanmuga dan Nizam Bashir dipetik sebagai berkata, dengan keputusan itu, buku itu, diterbitkan oleh syarikat anak guamnya, kini bebas untuk pengedaran di pasaran.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar